KDB Advokasi SMK Semerah Padi

6 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 April 2019, Staff Pusat Internet Kg Pandan telah telah berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah Padi dengan kerjasama bersama Staff Pusat Internet Taman Sri Wangi dan Pusat Internet Kg Bako. Beberapa tajuk telah dikongsikan semasa sesi KDB tersebut, antaranya ialah:

Sesi KDB dibuka dengan Taklimat Pengenalan dan fungsi Pusat Internet oleh Staff PI TSW. Kemudian diteruskan dengan Perkongsian Online Grooming, Buli Siber, Siber Stalking dan Maklumat Palsu oleh Staff PI Bako. Staff PI Pandan mengakhiri perkongsian pada hari itu dengan Taklimat, Check Your Label (MCMC), eWaste, Penipuan Internet dan Perkongsian Berlebihan. Sesi KDB ditutup dengan kuiz, penyampaian hadiah dan sesi bergambar.

Sesi KDB SMK Semerah Padi ini dimula pada jam 8 pagi hingga 10 pagi ini dihadiri oleh 177 orang pelajar tingkatan 4, iaitu 81 orang pelajar lelaki dan 96 orang pelajar perempuan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali